LATIHAN KEBAKARAN

API! API! API!

MASA KECIL MENJADI KAWAN, BILA BESAR MENJADI LAWAN!















JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA PEGAWAI BOMBA TENTERA DARAT KEM TERENDAK MELAKA DI ATAS KESUDIAN MELUANGKAN MASA BERSAMA WARGA SMK KEM TERENDAK.

SELAMAT MENDUDUKI UJIAN BULANAN 1 KEPADA SEMUA PELAJAR TINGKATAN 3, 4, DAN 5. SELAMAT MAJU JAYA!

INTENSIVE CARE AND COACHING F1 & F5

PROGRAM INTENSIVE CARE AND COACHING (ICC) TELAH BERJAYA DIADAKAN SEKALI LAGI DI D'VILLAGE HOTEL & RESORT PADA 2 DAN 3 MAC 2013. PROGRAM KALI INI DIADAKAN KHUSUS UNTUK PELAJAR TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 2 SMK KEM TERENDAK. SERAMAI LEBIH 300 ORANG PELAJAR TELAH MENYERTAI PROGRAM ICC KALI INI TERMASUK 25 PENYERTAAN DARI SMK MALIM. FOKUS UTAMA BAGI PROGRAM ICC PADA KALI INI ADALAH UNTUK MENINGKATKAN 'SOFT-SKILL' DAN KERJASAMA DI KALANGAN PELAJAR. RAMAI PENCERAMAH HEBAT TELAH DIJEMPUT SEPERTI KAUNSELOR CEMERLANG, PENSYARAH KOLEJ MATRIKULASI DAN TIDAK KETINGGALAN PENGETUA SMK KEM TERENDAK, TUAN HAJI MOHD GHAZALI BIN AHMAD. SEMOGA PROGRAM KALI INI DAPAT MEMBERIKAN MANFAAT DAN DAPAT DIPRAKTIKKAN OLEH PARA PELAJAR SEPENUHNYA.




 IKRAR PELAJAR



KEKUATAN MENTAL



APA YANG PENTING? KERJASAMA!

BADAN CERGAS OTAK CERDAS

KREATIVITI
*BUAT BUNYI AYAM MENGGUNAKAN CAWAN KERTAS DAN BENANG


MALU BERTANYA SESAT JALAN



EVENING WALK


BERSEDIA MELANCARKAN KAPAL TERBANG BUATAN SENDIRI




MUHASABAH DIRI TETAPKAN HATI



ENGLISH WEEK LAUNCHING CEREMONY

ENGLISH WEEK HAS LAUNCHED ON 25TH FEBRUARY 2013. THE EVENT WAS OFFICIATED BY DR M RAVINDRAN, THE SENIOR ASSISTANT OF STUDENTS AFFAIRS OF SMK KEM TERENDAK. THERE ARE MANY ACTIVITIES TO BE CONDUCTED DURING THIS WEEK SUCH AS STORY TELLING COMPETITION, DEBATE COMPETITION, ONE WORD A DAY AND SO ON. 





MY BEAUTIFUL SCHOOL

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) KALI PERTAMA TELAH DIADAKAN PADA 23 FEBRUARI 2012. LDP KALI INI BERTEMAKAN ''MY BEAUTIFUL SCHOOL" . LDP DIMULAKAN DENGAN TAKLIMAT RINGKAS DAN PERKONGSIAN ILMU YANG DIPENGERUSIKAN OLEH TUAN PENGETUA, TUAN HAJI MOHD GHAZALI BIN AHMAD. SELEPAS ITU, AKTIVITI MENANAM ANAK-ANAK POKOK DIJALANKAN DI SEKITAR KAWASAN SEKOLAH. SEMUA ANAK-ANAK POKOK TELAH DISUMBANGKAN OLEH GURU-GURU DAN STAF SMK KEM TERENDAK.  MOGA ANAK-ANAK POKOK YANG DITANAM INI AKAN BERCAMBAH DAN MEMBUAHKAN HASIL UNTUK GENERASI AKAN DATANG. 



PENERANGAN TENTANG ANAK-ANAK POKOK
OLEH TUAN PENGETUA

DEMONSTRASI MENANAM ANAK POKOK 






PELANCARAN MINGGU BAHASA MELAYU

SATU BAHASA SATU BANGSA SATU NEGARA!

MAJLIS PELANCARAN MINGGU BAHASA MELAYU TELAH DIADAKAN PADA 18 FEBRUARI 2013 BERTEMPAT DI DEWAN BESTARI SMK KEM TERENDAK. MAJLIS INI TELAH DIRASMIKAN OLEH TUAN PENGETUA. PELBAGAI ACARA MENARIK AKAN DIJALANKAN SEPANJANG MINGGU BAHASA MELAYU INI, MOGA SEMUA RAKYAT MALAYSIA AMNYA DAN SEMUA PELAJAR SMK KEM TERENDAK KHUSUSNYA AKAN DAPAT MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU!