MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH

TARIKH : 29 JANUARI 2013
TEMPAT : ASPURI SMKKT - KELAB MUTIARA - TADIKA ISLAM - BOMBA - ASPURI SMKKT


Warm up!


Terima kasih pihak Hospital Kem Terendak untuk bantuan kecemasan



Urusetia yang setia dengan tugas

Semangat merentas desa!

Marsyal membuat pengawasan



Terima kasih pihak MP atas bantuan keselamatan

On your mark...Get set...GO!


Anggota Persatuan Bulan Sabit Merah sedia membantu!

WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH

Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Pengawas Asrama dan Ketua Tingkatan telah berlangsung dengan jayanya pada 28 Januari 2013. Bertempat di Dewan Bestari SMK Kem Terendak, majlis telah dirasmikan oleh Encik Abdul Jameel Bin K N Abdul Jabbar, pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).   Majlis watikah ini bertujuan untuk mengiktiraf jawatan-jawatan yang bakal disandang oleh para pelajar yang terlibat. Semoga para pengawas dan semua ketua tingkatan dapat menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan baik. 



Ucapan Perasmian oleh Encik Abdul Jameel Bin K N Abdul Jabbar
Pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)

Ucapan oleh Ketua Pengawas SMK Kem Terendak 
Saudari Nur Arbaeen Binti Mohd Johari


Penyampaian Watikah Pelantikan kepada Ketua Tingkatan 
oleh Tn Hj Mohd Ghazali Bin Ahmad
Pengetua SMK Kem Terendak



Barisan Pengawas Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

Barisan Ketua Tingkatan

Lafaz Ikrar oleh Ketua Pengawas 


SELAMAT MENJALANKAN TUGAS!


KEMPEN ANTI BULI


SAY NO TO BULLY!

Kempen Anti Buli peringkat sekolah SMK Kem Terendak telah diadakan pada 21 Januari 2013. Majlis ini telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Bestari SMK Kem Terendak. Majlis telah dihadiri oleh Pegawai Perhubungan Sekolah, Inspektor Shaiful Aminur Bin Omar dari IPD Alor Gajah. Banyak pengalaman dan pengetahuan tentang salah laku dan jenayah yang telah dikongsi oleh beliau dengan para pelajar. Moga segala apa yang telah dikongsikan akan dijadikan pengajaran oleh para pelajar di masa akan datang. 


Inspektor Shaiful Aminur Bin Omar
Pegawai Perhubungan Sekolah
IPD Alor Gajah

Poster Kempen Anti Buli ini telah disediakan oleh 
Adik Mohd Faris Azimi dari Tingkatan 4 Sains 2

*(maaf...gambar gegar)




MAJLIS PERPISAHAN TUAN HAJI TAHRIN BIN MOHAMAD

      Pada 18 Januari 2013 telah diadakan Majlis perpisahan Tn Hj Tahrin Bin Mohamad. Majlis berkonsepkan potluck ini telah diadakan di bilik guru SMKKT pada waktu rehat. Tn Hj Tahrin merupakan pembantu am pejabat di SMKKT telah dinaikkan pangkat dan akan memulakan tugas baru di SMK Sultan Alaudin bermula 21 Januari 2013. Tn Hj Tahrin telah berkhidmat selama 6 tahun di SMKKT. Sepanjang perkhidmatan beliau di sini, banyak jasa telah dicurahkan. Semua jasa Tuan akan kami kenang sehingga ke akhir hayat. Selamat bertugas di tempat baru dan moga terus maju jaya! 

Tuan Haji Tahrin Bin Mohamad

Cenderhati kenang-kenangan


Terima Kasih!
Cikgu Ruhaizan Binti Othman
selaku pengacara majlis
Mulakan dengan Bismillah..

Jemput makan semua!

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN

TERIMA KASIH! 

      Majlis penyerahan bantuan khas awal persekolahan kepada setiap murid telah dijalankan dengan jayanya pada 17 Januari 2013 pukul 2.00 petang. Majlis diadakan di Dewan Bestari SMKKT. Penyerahan bantuan ini telah disampaikan oleh YB Datuk Haji Yaakub Bin Md Amin , ADUN Sungai Udang. Majlis ini telah dihadiri oleh hampir kesemua ibu bapa murid sekolah ini. Semoga bantuan yang diberikan ini dapat meringankan beban ibu bapa di awal tahun persekolahan sesi 2013. 

Datuk Hj Yaakub Bin Md Amin
memberikan ucapan
Datuk Hj Yaakub Bin Md Amin
menyerahkan bantuan kepada bapa murid

Wakil murid dan ibu 

Ibu bapa yang tekun mendengar ucapan YB

Guru-guru tingkatan sibuk menyerahkan
bantuan kepada ibu bapa
Bapa murid yang tekun mengisi
borang soal selidik 

MAJLIS PERASMIAN GURU PENYAYANG


         Majlis perasmian Guru Penyayang ini telah diadakan di Dewan Bestari SMKKT pada 14 Januari 2013 semasa perhimpunan rasmi mingguan.  Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat. Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa. 

Lafaz Ikrar Guru Penyayang oleh guru-guru SMKKT

Cikgu Mohd Al Fouzii Bin Nasir mengetuai lafaz ikrar

Penyampaian hadiah kepada pelajar yang menyambut hari lahir pada bulan Januari

Guru yang lahir pada bulan Januari

GOOD TEACHER TEACH, GREAT TEACHER INSPIRES